Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Alor Lempah Dipenuhi Sampah Selepas Viral, Ada Yang Salahkan Faiz Dickie Sebab Dedahkan Tempat

Fiza Kamarudin 11/10/2021 | 06:33 MYT

Tujuan asal hendak berkongsi tempat menarik bersama orang ramai, namun lain pula jadinya apabila Alor Lempah yang terletak di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu dipenuhi sampah sarap selepas tular.

Tempat rekreasi tersebut juga menjadi tular selepas pempengaruh media sosial popular, Faiz Dickie berkongsi mengenai keindahan tempat tersebut.
Kesal dengan perkara tersebut, Faiz Dickie memuat naik hantaran di media sosial Instagram (IG)nya dan berhasrat membersihkan tempat rekreasi tersebut.
“Aku rasa bertanggungjawab pula sebab promote tempat ni hari tu. Makanya, aku rancang nak pergi semula tempat tu nak tolong clearkan sampah mana yang termampu.
“Cuma sekarang hanya aku dan Megat je, so aku nak ajak #villagepeople untuk kutip sampah secara sukarela,” katanya.
Faiz ketika dihubungi, sudah pun berada di Alor Lempah untuk membersihkan semula kawasan tersebut.
“Tujuan saya memuat naik aktiviti bersama rakan-rakan di sini adalah untuk berkongsi mengenai keindahan dan ketenangan Alor Lempah.
“Tapi saya tak sangka pula, dalam ramai-ramai pengunjung masih ada yang kurang kesedaran sivik sehingga sanggup mengotorkan tempat ini.
“Saya harap jadikanlah perkara ini sebagai pengajaran supaya kita semua lebih menghargai alam sekitar dan tempat rekreasi kita.
“Jangan pentingkan diri sendiri kerana bukan anda sahaja yang mahu menikmati keindahan alam semula jadi di sini, tetapi orang lain juga.
“Jadi, sama-samalah kita jaga…Kesian pengunjung-pengunjung yang lain,” katanya.

Menurut Faiz lagi, wakil daripada Majlis Daerah Hulu Selangor turut menghubunginya bagi menzahirkan ucapan terima kasih kerana membantu mempromosikan lokasi menarik di daerah berkenaan.

“Pihak majlis menerima kunjungan para pelawat dengan hati terbuka cuma mereka berpesan agar kebersihan kawasan tersebut hendaklah sentiasa diutamankan,” ujarnya.

Faiz Dickie menerima penghargaan daripada Majlis Daerah Hulu Selangor hari ini

Dalam pada itu, ada juga warganet yang menyalahkan Faiz kerana mendedahkan tempat tersebut sehingga diketahui orang ramai dan berlaku pencemaran.
Tidak melenting dengan komen tersebut Faiz berkata masalah berpunca daripada sikap pengunjung, bukan kerana ia didedahkan atau pun tidak.
“Bagi saya tak salah berkongsi tempat riadah yang sememangnya dibukan untuk orang awam ini. Even pihak majlis pun berterima kasih sebab tolong perkenalkan tempat ini.
“Masalahnya bila ada segelintir yang masih belum mendidik diri untuk menjaga kebersihan. Cuba lihat dari sudut yang positif.
Apabila tempat ini diketahui, secara tidak langsung dapat membantu ekonomi penduduk setempat. Jadi kalau kita mahu tempat ini terus terpelihara, mulai hari ini educatelah diri sendiri untuk mementingkan kebersihan walau di mana jua kita berada,” katanya positif.
Faiz pada minggu lalu berkongsi aktiviti riadah bersama teman-temannya di Alor Lempah buat pertama kali.
Faiz turut berkongsi pengalamannya sepanjang berada di sana dan berhasrat untuk kembali mengunjungi pusat reksreasi tersebut.
Hantaran di laman sosial Instagram itu telah ditonton lebih 13,000 kali dan menerima hampir 2,000 komen.

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)

#Faiz Dickie #Alor Sempah #Pengunjung Kotorkan Alor Sempah
;