HIBURAN

ALPHA Tidak Kisah Video & Gambar Lama Dikongsikan, Mahu Jadi Artis Tauladan - “Kami Rasa Sangat Gembira”

Ainun Md Zooki 25/06/2025 | 11:55 MYT
Kumpulan lelaki Alpha akui tidak kisah sekiranya gambar dan video lama mereka disiarkan kembali di media sosial oleh peminat.

Jelas salah seorang ahli kumpulan Alpha iaitu Araff mereka semua tersentuh melihat kembali momen-momen lama yang dikongsikan oleh peminat di sosial media.

“Apabila banyak video-video dan gambar lama kami dikeluarkan semula, kami rasa sangat gembira dan bersyukur.

“Terima kasih sangat-sangat kepada peminat yang bersusah payah buat video itu semua. Kami sendiri tak sangka ada yang masih simpan dan sanggup korek balik memori lama kami,” katanya kepada Gempak.

Meskipun menyedari tidak semua kenangan itu indah untuk dikenang, Araff menjelaskan mereka tetap bersikap positif dan menghargai segala perkongsian tersebut sebagai satu bentuk sokongan ikhlas daripada peminat.

“Tak semua benda itu menggembirakan. Mungkin akan ada segelintir yang menyakitkan hati kami, tapi setakat ini semua video dan gambar yang dikongsikan menaikkan semangat kami balik. Ia buat kami sedar perjalanan kami dari dulu sampai sekarang.

“Kami masih bertungkus lumus untuk menjadi seorang selebriti yang bertauladan. Sokongan yang kami terima ini sangat bermakna, dan kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik,” jelasnya.

Saksikan video temu bual eksklusif kumpulan ALPHA di Gempak.com

#Gambar #Video #Rizal Rasid #lama #Sky #Alpha #Daniel Sher #Ariel Fesol #Araff #Izat Ibrahim