Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Al-Quran Jadi Saksi First Date Abbas Mahmood, Alana Dee Dunsmore - "Kami Banyak Bercakap Tentang Kehidupan & Kematian"

Firdaus
17/01/2024 04:55 MYT
Selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin lalu bersama YouTuber kelahiran Scotland, Alana Dee Dunsmore, pelakon Abbas Mahmood sempat berkongsi momen indah pertemuan mereka.

Kata Abbas, 26, dia terpaut dengan keteguhan hati isterinya itu mempelajari agama Islam selepas bergelar mualaf pada 5 November 2023.

BERITA TRENDING: Youtuber Alana Dunsmore Umum Bakal Berkahwin Dengan Abbas Mahmood - “Hadiah Terbesar Saya…

"Kali pertama saya jumpa saya ingat lagi, kami banyak bercakap tentang hidup dan kematian.

"Saya ingat saya membawa senaskhah Al-Quran di sebuah coffee shop dan dia banyak bertanya, saya pun suka berkongsi.

"Saya tak banyak ilmu, tapi saya hanya mampu berkongsi apa yang saya tahu," ujarnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Abbas turut menceritakan bagaimana Alana berusaha untuk mempelajari dan memahami agama Islam yang membuatkan mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain.

“Empat tahun dia mempelajari tentang Islam. Dan lama-kelamaan daripada situlah kami jatuh cinta dengan diri masing-masing.

“Saya beritahu dia saya tak nak bazirkan masa saya, saya tak nak sekadar bercinta sia-sia dan Alhamdulillah dia pun cakap dia sanggup untuk mula secara perlahan untuk faham tentang agama Islam,” kongsinya.

Abbas telah selamat bergelar suami kepada Alana dengan sekali lafaz pada Isnin lalu.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
#Kahwin #Selebriti #Youtuber #hiburan #Abbas Mahmood #Alana Dunsmore
;