Penyanyi rap, penulis lagu dan produser, Altimet menjelaskan dia mahu kembali belajar mengaji Al-Quran selepas bersara dalam bidang nyanyian.

Menurut Altimet, dia mahu membetulkan semula cara bacaan dan kesalahan lain ketika membaca Al-Quran.

"Antara perancangan saya selepas bersara dalam bidang nyayian ini adalah untuk belajar semula mengaji Al-Quran.

"Dengan berbuat demikian, saya dapat membetulkan kesalahan dan cara bacaan agar saya dapat membacanya dengan baik.

Dalam pada itu, Altimet juga telah melabur dalam sebuah applikasi bacaan Al-Quran iatu Recite yang membolehkan pengguna berinteraksi bersama tenaga pengajar.

"Applikasi ini sudah boleh didapati di Malaysia, ia memudahkan pengguna untuk belajar mengaji dimana mereka harus merakam bacaan mereka dan ia akan didengar oleh ustaz dan ustazah yang berkhidmat, segala kesalahan akan dibetulkan oleh mereka," ujarnya.

Altimet berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert The Last Altimet Show bertempat di 3 Damansara, Petaling Jaya pada petang semalam.

Konsert tersebut akan berlangsung pada Sabtu, 16 Februari 2019 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Konsert itu bakal menyaksikan persembahan terakhir Altimet sebagai seorang penyanyi, namun begitu, dia masih akan muncul di industri seni menerusi kerja belakang tabir dan mungkin dalam bidang selain nyanyian.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, tiket terhad Early Bird boleh didapati bermula harga RM 59 (presale) dan RM 109 (at door). Tiket terhad Eearly Bird ini boleh didapati menerusi altimet.com.my/Concert bermula 21 Disember 2018.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas Meet & Greet berserta 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert iatu Nescafe di altimet.com.my/Nescafe.