Alun Azan Maghrib, Peminat Terpegun Dengan Kemerduan Suara Alif Satar

Kamaruddin Razal
Jun 17, 2017 21:55 MYT
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan, penyanyi dan pelakon Alif Satar juga boleh mengalunkan azan dengan baik.
Ketika pihak Astro menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat menerusi projek #DariHati di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis lalu, Alif sempat meluangkan masa dalam menjalankan aktiviti amal bersama anak-anak yatim.
Setibanya waktu Solat Maghrib yang menandakan sudah masuknya waktu berbuka puasa, Alif berkesempatan mengalunkan azan di pusat jagaan tersebut.
Sedutan video azan yang dialunkan oleh Alif telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Astro Gempak, @astrogempak.
Di ruangan komen, ramai peminat yang memuji gema suara Alif yang begitu merdu melaungkan azan.
Ada juga peminat yang merasakan kesyahduan selepas mendengar alunan azan Alif serta memuji Alif kerana dia tidak hanya berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi turut mempunyai bakat mengalunkan azan.
Selain Alif, projek #DariHati di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis lalu turut disertai selebriti lain seperti Siti Nordiana, Dafi, Nadya Syahera, Natasha Elyzza, Datin Nina Juren, Aleza Shadan, Sweet Qismina, Erwin Dawson, Ziha AF, Amira Othman, Adriana Adnan, dan Yaya Zahir.
Ikuti perkembangan aktiviti tanggungjawab sosial korporat Astro menerusi projek #DariHati di laman Instagram @astrogempak.
Gunakan hashtag #KosongKosong #DariHati untuk berkongsi foto serta momen sambutan Syawal di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Alif Satar #DariHati #DariHati