Alunan Selawat Versi Despacito, Ini Reaksi Netizen...
Amri Hassan
16/07/2017 03:03 MYT
16/07/2017 03:03 MYT
Fenomena lagu Despacito melangkaui akal fikiran. Bukan hanya dinyanyikan semula sebagai lagu cover malah lagu itu juga menjadi penyeri acara dalam apa jua cara.
Terbaharu, melodi lagu Despacito itu dialunkan secara berselawat dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.
Majlis perkahwinan itu dipercayai berlangsung di Gelugor, Pulau Pinang dan individu yang mengalunkan selawat versi Despacito itu ialah Ustaz Yanis.
Lagu nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu mula mendapat perhatian sejak beberapa bulan lalu memandangkan melodinya yang sedap didengar namun lirik lagu itu mendapat perdebatan hebat kerana terkandung mesej negatif.
Sehubungan penularan video itu, tindakan Ustaz Yanis bagaimanapun tidak dipersetujui netizen kerana beranggapan ia kurang manis walaupun niat asalnya untuk menarik orang ramai untuk sama-sama berselawat.
"Bagi aku dari segi adab tidak berapa manis dan kalau bacaan bahasa Adab berhenti di tempat tidak sepatutnya, maksudnya akan jadi lain," tulis Yusof Ibrahim di Facebook Penang Kini.
Ada juga segelintir netizen yang risau bacaan selawat akan dilagukan dalam pelbagai versi baharu selepas ini.
Namun, netizen juga beranggapan langkah itu satu dakwah untuk menyuburkan amalan berselawat dengan cara tersendiri.
"Apa salahnya buka minda. Kalau itu cara untuk tarik minat kita untuk berselawat dan kekalkan ayat-ayat suci berbanding menyanyi lagi itu, apa salahnya. Berdakwah ada banyak cara," kata Syed Muhammad Farich Aqmal.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Penang Kini