Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alvin Chong Ada Sebab Tak Dapat Teruskan Amalan Berpuasa Tahun Ini - “Bukan Disebabkan Saya Sakit Tapi…”

Asyikin Mayudin
19/04/2023 07:50 MYT
Tidak seperti Ramadan tahun lalu, pelakon Alvin Chong terpaksa melupakan hasratnya untuk berpuasa pada tahun ini disebabkan perlu memakan ubat.

Enggan membiarkan peminat berasa bimbang, Alvin bagaimanapun menjelaskan pengambilan ubat itu bukan disebabkan dirinya sakit.

“Ramadan tahun-tahun sebelum ini, saya ada la juga ikut serta berpuasa tapi tak penuh la. Cuma tahun ini, saya tak dapat nak berpuasa sebab terpaksa makan ubat.

“Bukan disebabkan saya sakit, tapi memang kena makan ubat… sebab apa, biarlah saya rahsiakan. Ikutkan saya agak keberatan nak beritahu yang saya tak dapat nak puasa.

“Ada juga peminat yang bertanya saya puasa ke tak, tapi saya tak dapat nak kongsikan perkara itu,” kata Alvin kepada Gempak.

Alvin berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Viu di Hotel Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Alvin turut memberitahu dia melakukan amalan berpuasa pada tahun-tahun lalu bukan disebabkan mahu mengikut orang sebaliknya lebih fokus kepada kesihatan.

“Sebelum ini saya puasa pun bukan sebab nak ikut orang. Bagi saya, ia untuk kesihatan dan ada kajian yang membuktikan puasa baik untuk badan.

“Puasa juga antara lain dapat membuang toksik dan membersihkan dalaman badan. Ia juga menguji kesabaran dan kawal nafsu makan saya,” ujarnya.

#Alvin Chong #Ramadan #Puasa #Alvin #Alvin puasa #Alvin Ramadan
;