Alvin Chong Kongsi Foto Sweet Dengan Emma Maembong, Peminat Dah Buat Hashtag #Emmalvin

Mya Amri
September 20, 2017 13:58 MYT
Pelakon Alvin Chong berkongsi beberapa foto sweet bersama aktres Emma Maembong untuk drama terbaru mereka, Awak Suka Saya Tak?
Bagaimanapun, foto-foto tersebut menerima pelbagai reaksi positif peminat yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gandingan pasangan berkenaan.
Belum pun drama tersebut ditayangkan, peminat mula menunjukkan sokongan padu terhadap lakonan Alvin dan Emma sehingga hashtag #Emmalvin sudah mula diwujudkan oleh mereka.
Malah setiap foto yang dikongsi oleh Alvin di akaun Instagramnya juga dipenuhi dengan komen-komen yang menyatakan rasa teruja untuk menonton episod pertama drama adaptasi novel tersebut.
Awak Suka Saya Tak? akan mula ditayangkan pada 25 September ini, setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Di sini kami kongsikan foto-foto sweet Alvin dan Emma.
Foto: Instagram Alvin Chong
Teks oleh: Mya Amri
#Alvin Chong #Emma Maembong #Emma Maembong #Emmalvin