Hiburan

“Always Stay True to Yourself!” - Scha Alyahya Dinobatkan Wanita Paling Bergaya 2019

gempak
Azwa Rahman
04/11/2019
08:41 MYT
Sponsor Banner
“Always Stay True to Yourself!” - Scha Alyahya Dinobatkan Wanita Paling Bergaya 2019
Hos dan pelakon Scha Alyahya melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai wanita paling bergaya majalah berprestij Tatler bagi tahun 2019.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 36, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram (IG) miliknya.
“Humbled to be name as Most Stylish Woman 2019 by @malaysiatatler. Thank you to Tatler Team for this recognition!
“Beringatlah untuk sentiasa menjadi diri sendiri kerana tiada apa yang lebih bersinar daripada seseorang yang selesa dan bangga dengan dirinya. Kepada semua yang pernah terlibat dalam menggayakan saya, ini untuk anda,” tulis Scha menerusi ruangan kapsyen.
Sebagai penghargaan juga, wajah Scha turut diabadikan sebagai penghias muka depan Malaysia Tatler edisi November 2019.
Mengenakan persalinan jenama mewah Louis Vuitton, wajah Scha tampak garang bersama prop seekor burung merpati putih.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah serta penghargaan terhadap pencapaian Scha dalam dunia fesyen.
“OMG Scha, tahniah! You deserved it. So pretty!” komen seorang wargamaya.
“You are always Scha! Always loop up to you for your fashion inspo when I am yet to don the hijab. Always love ur ups in clothing coordination. You deserve that title babe,” puji seorang wargamaya.
“Wanita yang dah cukup cantik ambil pic. Tak senyum pun 100% cantik,” kata seorang wargamaya.
“I love you from Dewi Remaja kak Scha! You deserved it,” ujar seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, antara beberapa nama yang pernah berada di dalam senarai wanita paling bergaya adalah Tunku Elana Khyra, Chryseis Tan, Datin Vivy Yusof dan Marion Caunter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live