HIBURAN
Alya Iman Rindu Suasana Beraya Bersama Arwah Ibu & Bapa – “Kita Tak Minta Untuk Jadi Yatim Piatu Tapi…”
Pelakon, Alya Iman mengakui rindu akan suasana beraya bersama arwah ibu dan bapanya.
Menurut Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 24, suasana rayanya suram selepas kehilangan dua insan tersayang itu pada 2018 dan 2020.
“Saya rindu sangat zaman shopping raya dan balik kampung tetapi sekarang saya jarang buat semua itu sebab dah tak ada sesiapa.
“Boleh kata tradisi raya itu dah hilang, tak ada vibes raya sangat. Hanya salam raya dengan ahli keluarga saja.
“Saya akan pulang ke Ijok iaitu kampung nenek saya itupun tak ramai saudara mara yang akan pulang ke sana,” kongsinya kepada Gempak.
Dalam pada itu, anak kepada aktor popular, Allahyarham Azmil Mustapha itu turut berkongsi momen manis bersama bapanya ketika sambutan Hari Raya.
“Dahulu saya dan arwah ayah selalu rancang nak pakai baju apa, tetapi selepas ibu dan ayah pergi saya dah tak beli baju raya. Asal ada saja.
“Sebenarnya saya paling sedih bila dengar takbir raya, saya akan menangis sebab mood raya itu dah hilang. Saya rasa tak mahu lagi raya.
“Rindu nak rasa ada keluarga, bila ayah pergi mood itu dah suram sebab dia yang akan rancang semuanya,” jelasnya.
Mengakui sukar menjalani kehidupan tanpa orang tersayang, Alya menganggap ia sebuah perjalanan hidup yang mematangkan dirinya.
“Berat sebenarnya, saya tak menyesal dengan apa yang jadi dalam hidup sebab apa yang saya ada sekarang disebabkan kekuatan yang saya miliki.
“Kita tak minta untuk jadi yatim piatu tetapi saya percaya apa yang saya lalui ia buat saya kuat kini,” tutupnya.
Must-Watch Video