Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alyah Hentikan Promosi Lagu Meluruh, Apa Cerita Pula Ni?

Amri Hassan
24/05/2019 12:50 MYT
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan terpaksa menghentikan rangka promosi lagu terbaharunya, Meluruh bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan.

Tindakan itu dipersetujui dengan syarikat pengurusannya dan akan kembali mempromosi lagu terbabit selepas sambutan Aidilfitri nanti.

"Saya baru lancarkan single Meluruh pada 19 April lalu dan promosi lagu ini dihentikan seketika bagi menghormati bulan Ramadan.

"Insya-Allah promosi lagu ini akan diteruskan selepas sambutan Aidilfitri nanti," kata Alyah memetik laporan HLive.

Mengulas lebih lanjut akan lagu Meluruh, isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu, single ciptaan bersama Helen Yap dan Slen Fadzil itu mengisahkan pengorbanan dalam sesebuah perhubungan.

"Semuanya tentang hati. Perempuan banyak ceritanya berbanding lelaki yang jarang menzahirkan perasaan mereka.

"Meluruh menceritakan pengorbanan dalam perhubungan tidak kisah rumah tangga, kekasih mahupun sahabat. Itu pasti akan terjadi dan ia lumrah," katanya

Sementara itu, Alyah akui dia terbuka untuk berkolaborasi dengan penyanyi muda semasa.

"Idea menarik untuk berkerjasama dengan penyanyi BBNU (budak-budak baru nak up) dan saya terima dengan terbuka.

"Penyanyi muda ini menyeronokkan dan mereka punyai tenaga yang masih energetik," tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Penyanyi #Penyanyi #Datin Alyah #Meluruh
;