"Alyah Layan Semua Macam Kawan Sendiri" - Sikap Membumi Buka Pintu Rezeki, Alyah Dilantik Duta Produk Kosmetik
Amri Hassan
11/03/2024 09:48 MYT
11/03/2024 09:48 MYT
Pengasas produk kosmetik tempatan Twomee, Datuk Suraya Semaru akui sikap penyanyi Datin Alyah yang tidak meninggi diri dan sering menyapa orang ramai membuatkannya tertarik untuk melantik beliau sebagai duta.
"Perkenalan kami bermula dengan undangan memanggil Alyah untuk menyanyi di sebuah acara. Selepas acara selesai, saya kagum melihat Alyah melayan semua tetamu yang hadir dengan ramah seperti kawan sendiri.
“Sejak itu, saya senang dengan personaliti yang ditonjolkan Alyah dan ia menjadi sebab saya melamarnya sebagai duta kepada jenama kosmetik dan kecantikan yang saya usahakan,” kata Suraya.
Memberikan respons terhadap pujian itu, kata Alyah dia terharu dan mengakui tiada apa yang merugikan untuk menghargai individu di sekelilingnya.
"Saya bermula dari bawah, jadi saya sangat menghargai orang di sekeliling saya, terutamanya peminat. Apabila pengasas Twomee mendedahkan sifat terbabit menjadi salah satu sebab dia melantik saya menjadi duta, saya rasa terharu dan bersyukur.
"Selain itu, saya memastikan saya mencuba terlebih dahulu jenama ini. Apa yang saya gemar adalah produk ini melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum ia dipasarkan.
"Apa yang membezakan, kelebihan produk Twomee dengan produk lain ialah produk ini bukan sekadar untuk bersolek semata ia juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina," ujarnya.
Suraya dan Alyah ditemui di majlis pelancaran jenama Twomee di Hotel Royal Chulan, Damamnsara pada Sabtu.
Jenama Twomee dapat memberikan hasil terbaik kerana bahan-bahan semula jadi yang gunakan ini diimport dari luar negara. Antaranya petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit.
Selain itu, bahan seperti Helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah. Disamping itu produk Twomee menggunakan Snow Mushroom sebagai agen kelembapan yang berkesan 3 kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid.
Selain Suraya dan Alyah, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Mastura Mahmud selaku Ketua Pengarah Operasi Twomee dan rakan-rakan selebriti lain seperti Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani Maiyuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi.
BERITA TRENDING: "Masa Angkat Beg, Dia Kata Kepala Dia Berpusing" - Tok Ram Diserang Vertigo, Sambutan Hari Jadi Alyah Terbantut
Katanya, ketika kali pertama bertemu dengan pelantun lagu Kisah Hati itu, pihaknya telah jatuh cinta dengan kerendahan hati Alyah."Perkenalan kami bermula dengan undangan memanggil Alyah untuk menyanyi di sebuah acara. Selepas acara selesai, saya kagum melihat Alyah melayan semua tetamu yang hadir dengan ramah seperti kawan sendiri.
“Sejak itu, saya senang dengan personaliti yang ditonjolkan Alyah dan ia menjadi sebab saya melamarnya sebagai duta kepada jenama kosmetik dan kecantikan yang saya usahakan,” kata Suraya.
Memberikan respons terhadap pujian itu, kata Alyah dia terharu dan mengakui tiada apa yang merugikan untuk menghargai individu di sekelilingnya.
"Saya bermula dari bawah, jadi saya sangat menghargai orang di sekeliling saya, terutamanya peminat. Apabila pengasas Twomee mendedahkan sifat terbabit menjadi salah satu sebab dia melantik saya menjadi duta, saya rasa terharu dan bersyukur.
"Selain itu, saya memastikan saya mencuba terlebih dahulu jenama ini. Apa yang saya gemar adalah produk ini melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum ia dipasarkan.
PILIHAN PEMBACA: Alyah & Aishah Beri Semangat! Kempen Lose To Win Bantu Perangi Obesiti, Mahu Taja 20 Individu Secara…
"Selepas menggunakan ‘Makeup Based 3 Dalam 1’, ia serasi dengan saya dan memang berkesan, jadi saya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan tawaran mereka. Ia cepat digunakan, berkualiti dan sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit."Apa yang membezakan, kelebihan produk Twomee dengan produk lain ialah produk ini bukan sekadar untuk bersolek semata ia juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina," ujarnya.