Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alyah Nak Ada Zuriat Sendiri Tapi Ini Syarat-Syaratnya ...

Amri Hassan
02/10/2020 03:43 MYT
Penyanyi Datin Alyah tidak menolak kemungkinan untuk dia dan suami, Datuk Ramli M.S merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam masa terdekat.

Jelas Alyah bagaimanapun dia perlu memperlahankan aktiviti seni sekurang-kurangnya setahun sebelum memulakan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

"Sebagai wanita yang bergelar isteri saya nak sangat untuk ada anak sendiri tapi kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan.

"Apa yang boleh saya katakan, jadual kerja saya yang terlampau padat membuatkan saya perlu mempertimbangkan waktu sebaik mungkin sebelum melakukan rawatan IVF kerana ia memerlukan tempoh rehat yang panjang misalnya setahun.

"Selagi saya masih memberikan komitmen terhadap nyanyian, agak sukar untuk saya menjalani rawatan dalam masa terdekat ini," katanya kepada Gempak.

Alyah ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Zafesya Simply di Dorsett Putrajaya baru-baru ini mengakui dia kini sudah mulai memperlahankan aktiviti seninya.

"Insya-Allah saya akan melakukan rawatan itu sebab sekarang pun sudah perlahan-lahan aktiviti nyanyian.

"Lagipun, sekarang saya sudah kurang ghairah untuk membuat persembahan berbanding dulu," tambahnya.

Alyah dan Ramli telah disatukan dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
#Anak #Alyah #Ramli M.S
;