Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - “Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami”

Mya Amri
04/06/2024 11:37 MYT
Penyanyi, Datin Alyah mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.

Nur Izzara

Berita gembira itu dikongsi Alyah menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Selasa.

“Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambamu.


“Terima kasih buat abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga. Menguruskan segala galanya untuk majlis aqiqah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji” kongsinya.

BERITA TRENDING: THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

BERITA TRENDING: Rasa Penat Tu Berbaloi Bila Orang Appreciate Makanan Kita – Alyah Seronok Meniaga Makanan

Dalam hantaran yang sama, Alyah juga memanjatkan kesyukuran atas kurniaan yang diberikan Tuhan kepadanya.

“Peringatan untuk saya. Walaupon di telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya.

“Tetapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah S.WT yang Maha hebat dan yang Maha kasih. Terima Kasih Allah,” coretnya.

Di bawah merupakan coretan penuh Alyah tentang Izzara:

Terdahulu, Alyah, 43, dan Datuk Ramli MS, 66, mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.

Sebelum ini, Alyah juga pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Ramli MS Sambut Ulang Tahun Ke-64, Alyah Dedikasi Ucapan Istimewa; “ I Love You Honey”

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Rakam Diri Sedang Menangis, Netizen Harap Alyah Terus Kuat; “Hidup Ini Akan Selalu Bagi You Dugaan”

#Penyanyi #Datuk Ramli MS #Alyah #Anak Angkat #Nur Izzara
;