Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Amalan Bomoh Diwartakan Sebagai Jenayah Syariah Di Terengganu, Reaksi Netizen: “Harap Kerajaan Persekutuan Pun…”

Izwan Isa
02/12/2022 04:50 MYT
Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayaj Syariah (Takzir) Terengganu 2022 untuk memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah negeri tersebut.

Sinar Harian melaporkan, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat menjelaskan, pindaan berkenaan bertujuan untuk menambah baik Enakmen Kesalahan Syariah Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.

Menurut Satiful, empat seksyen baharu itu melibatkan tambahan Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (perempuan berlagak lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat).

"Beberapa penambahan dan pindaan telah dibuat di mana asas kepada pindaan ini antaranya bagi menggantikan mengikut terma semasa.

"Kita cuba manfaatkan ruang yang ada dengan memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas persidangan DUN di sini pada Khamis.

Penambahan Seksyen 3A iaitu perbomohan dan sihir bagaimanapun menyorot diskusi dan perhatian dalam kalangan netizen.

Ada antara pengguna Twitter yang bersetuju dengan penambahan seksyen baharu tersebut memandangkan amalan ilmu hitam bukan sahaja salah di sisi agama, malah boleh memudaratkan individu lain.



“Alhamdulillah, black magic (ilmu hitam) memang patut. Harap kerajaan persekutuan pun ikut macam undang-undang Saudi, pengamal black magic memang hukum mati je,” kata seorang pengguna Twitter.

“Benar, ramai yang telah menderita dengan ilmu hitam, namun sedihnya bila ada yang tidak bersetuju dengan undang-undang ini,” ujar seorang lagi netizen.

Namun, ada yang bertanya, bagaimana seseorang itu boleh disabitkan kesalahan dan bukti bagaimana yang diperlukan untuk seseorang individu itu mengamalkan ilmu hitam.

How do you prove black magic? Does it only take a religious authority to point and say thats black magic to prove its black magic? Too open for abuse. Salem witch trials come to mind. Won't be the first time we find out why we don't prosecute black magic,” ujar seorang netizen berlainan pendapat.

Sumber: Sinar Harian

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Bomoh #Terengganu
;