Dunia semakin moden, tetapi amalan syirik seperti sihir dalam kalangan masyarakat masih tinggi.

Ketua Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa' Malaysia, Datuk Abdul Rashid Mat Amin berkata, hasil tinjauan di 45 daripada 90 Pusat Rawatan Darussyifa' di seluruh negara pada 2019, secara keseluruhan, 94,000 pesakit menerima rawatan di pusat rawatan ini.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, kira-kira 70 peratus atau kira-kira 65,000 adalah pesakit wanita.

"Daripada jumlah 65,000 itu, kira-kira 44,000 berdepan pelbagai penyakit kerohanian. Penyakit rohani terdiri daripada pelbagai jenis dan satu daripadanya ialah gangguan akibat perbuatan sihir," katanya.

Menurut Abdul Rashid, pengamal amalan syirik sihir itu pula membabitkan individu yang mempelajari ilmu sihir dan yang mendapatkan khidmat sihir daripada pengamal ilmu syirik terbabit.

Kata Abdul Rashid, pengamal amalan sihir pula membabitkan individu yang mempelajari ilmu sihir serta yang mendapatkan khidmat sihir daripada pengamal ilmu syirik terbabit.

"Sudah tentunya trend ini amat membimbangkan kerana kepercayaan kepada perkara khurafat dan perbuatan syirik boleh mengakibatkan berlakunya pergeseran akidah umat Islam," katanya.

Abdul Rashid berkata, sekurang-kurangnya ada tiga komponen mengapa seseorang itu terdorong untuk mempelajari dan mendapatkan khidmat sihir.

"Pertama, kerana ingin mendapatkan kelebihan dan kuasa supaya individu ini dikenali ramai seperti belajar ilmu kebal.

"Kedua, untuk kecantikan, kacak dan kelihatan menarik serta awet muda dengan cara memakai susuk.

"Ketiga, ia bertujuan mendatangkan penderitaan dan kesakitan berpanjangan kepada individu yang disihir. Ia biasanya didorong perasaan dengki, benci serta dendam," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Ini antara mesej yang ditonjolkan menerusi drama bersiri Dukun Diva, iaitu mengenai amalan sihir yang masih menjadi 'pegangan' sesetengah individu.

Dalam episod ketiga minggu ini Datuk DD meminta Che Yah dan Lola untuk melakukan sesuatu terhadap pesaingnya Datuk Saddiq.

Selain itu, Datuk DD yang kelihatan moden dan sophisticated turut meminta dukun untuk menundukkan suaminya. Siapa sangka? Nampak macam ada ‘class’ rupanya kuat main bomoh!

Paling lucu, kalau dah namanya 'kaki mandrem', dukun palsu pun dia boleh percaya! Eh! jangan pandang remeh perkara seperti ini ya, kerana ia memang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

Apakah yang berlaku dalam episod 3: ‘Giselle Oh Giselle’ Dukun Diva malam ini? Saksikan di Astro Citra jam 9 malam ya!

Dukun Diva ditayangkan setiap Isnin dan kalau terlepas atau tidak berada di depan kaca TV, boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dah syarat