Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Amalkan Baca Buku Sebelum Tidur, Kanak-Kanak 4 Tahun Ini Diiktiraf Sebagai Genius!

Hanafis Haris 20/01/2020 | 09:53 MYT
Baru berusia empat tahun, tapi kanak-kanak ini telah diiktiraf memiliki tahap kecergasan minda (IQ) setinggi 142 dalam ujian Stanford Binet.

Kepintaran Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim itu sekali gus menjadikan dia sebagai ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global iaitu Mensa.

Ibu kanak-kanak genius itu, Nur Anira Asyikin Hashim, 30, menjelaskan Muhammad Haryz ditawarkan keahlian pada 14 Januari lalu.

Menurutnya, kecerdikan anaknya itu dikesan sejak berusia dua tahun apabila Muhammad Haryz berupaya membaca buku.

"Muhammad Haryz memang suka baca buku dan tidak akan tidur sebelum menghabiskan sekurang-kurangnya dua buah buku," katanya.

Tambah Nur Anira, guru sekolah Muhammad Haryz turut mendedahkan kepintaran anaknya itu sebelum membawanya bertemu pakar untuk mengetahui tahap IQ.

“Kami dimaklumkan gurunya bahawa dia lebih cerdas berbanding kanak-kanak lain.

“Kami kemudian menghantar e-mel kepada seorang psikologi kanak-kanak pintar di Britain iaitu Lyn Kendall untuk dinilai.

“Setelah dinilai, Lynn memberikan skor 142 dalam ujian Stanford Binet dan memberikan kami borang untuk menyertai Mensa," kata anak jati Johor yang telah menetap di UK sejak 2015.

Sumber: Sinar Harian

#Viral #Viral #Genius
;