Laman Utama

Amalkan Rutin Ini Untuk Kulit Wajah Yang Lebih Berseri Bak Ratu!

gempak
Fiza Kamarudin
19/02/2021
01:46 MYT
Sponsor Banner
Amalkan Rutin Ini Untuk Kulit Wajah Yang Lebih Berseri Bak Ratu!
Bagaimana cara penjagaan kulit muka yang betul? Semua orang pasti mahukan kulit muka yang bersih, tidak berjerawat dan berjeragat. Pendek kata, ‘flawless‘.
Tapi bukan mudah untuk menjaga muka bukan? Ada yang sampai nak dapat kulit cantik macam artis dan orang Korea.
Dah cuba macam-macam cara…tapi betul ke ada tips penjagaan muka yang betul? Boleh percaya ke?
Hey! Mestilah boleh…Penjagaan kulit muka ini ialah perkara harian, iaitu rutin yang kadang-kadang ada orang malas nak buat. Kalau malas, hadaplah masalah itu sendiri.
Apa yang perlu dilakukan jika mahu kulit muka sentiasa kelihatan berseri bak ratu:
#1 Fahami jenis kulit anda Kena faham jenis kulit. Kulit tak berminyak tak semestinya berjerawat. Berminyak pun belum tentu berjerawat. Jadi, kita sendiri kena tahu, kita ini dalam kategori mana.
Kebiasaannya, orang ingat asal ‘oily’ sahaja mesti kulit tu lembab kan? Aha! Belum tentu! Ramai juga yang kata pemilik kulit berminyak tak perlu pakai moisturizer! Itu semua mitos, kerana kulit mengeluarkan sebum bergantung pada keadaan kulit.
Kalau kulit berminyak, itu bermakna kulit itu tak cukup lembab, dan ia bagi signal untuk keluarkan lagi banyak minyak untuk lembabkan kulit. Haaaa.. jadi, oily ke, normal ke, dry ke, memang kena pakai pelembab! Untuk yang oily, boleh cari yang sesuai untuk oily skin.
#2 Pilih cleanser yang bagus
Cleanser yang bagus kandungan pHnya agak rendah sedikit. Antara pH 4-6 dan bersifat acidic. Sebab apa? Kerana lapisan asidlah yang melindungi kulit kita daripada bakteria. Tak kira apa jenama sekalipun murah atau high end, pastikan pH tidak melebih 6 ya!
#3 Minum air kosong banyak-banyak & kurangkan pengambilan gula!
Kenapa perlu minum air kosong untuk penjagaan muka? Air kosong ni boleh flush out toxin dalam badan. Kalau terlalu banyak, kadang-kadang kulit akan tolong detoks dengan keluarkan jerawat.
#4 Pakai Sunblock Ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan sunblock! Sunblock ini sangat membantu kulit kita daripada menyerap sinaran UV. Sinaran UV agak berbahaya kerana boleh trigger pekbagai masalah kulit termasuk jerawat! Oh no!
#5 Rehatkan kulit muka, pakai mask Bukan hanya boleh membuatkan kita rileks tetapi pemakain masker wajah adalah pelengkap bagi rutin penjagaan wajah yang dilakukan setiap hari.
Ramai tak tahu masker wajah boleh membantu mengurangkan masalah kulit, yang penting kena pilih mask yang sesuai.
Tetapi mesti boringkan kalau asyik pakai mask yang sama. Tak jadi masalah jika anda melanggan Flexi GOOODPlan kerana ada banyak pilihan dan yang boleh membuatkan anda jatuh cinta!
Pelbagai variasi pilihan untuk merawat kulit wajah dengan kombinasi masker 4 dalam 1 iaitu, Dewi Hydro, Dewi Bright, Dewi Soothe and Dewi Repair.
Bukan itu sahaja anda berpeluang untuk mencuba Premium Hydrogel mask dengan melanggan Flexi GOOODPlan ni tau…
Dan, kalau nak kelihatan lebih cantik dan jelita bak dewi, Flexi GOOODPlan ada koleksi velvet lip tint untuk melengkapkan lagi hari anda!
Pergghhh! Macam-macam ada yang pasti semuanya lengkap! Dengan memilih Flexi GOOODPlan pasti lain dari yang lain dan tidak akan menjemukan. Hanya dengan satu harga, anda boleh mencuba pelbagai variasi produk. Cool kan?
Tunggu apa lagi, dapatkan Flexi GOOODPlan ini untuk anda tampil lebih GOOOD dan anggun bagai dewi! Dapatkan sekarang kerana penghantaran adalah PERCUMA gais! Berbaloi kan? Untuk info lanjut, jom check out laman web wonderlab.com.my atau boleh ke Facebook dan Instagram Wonderlab sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live