Hiburan
“Amanah Ini Akan Saya...” - Mat Redho Penerima Anugerah Perdana Belia Negara
Atlet sukan ekstrem dan juga pelakon Mat Redho diangkat sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2018.
Berita itu dikongsi Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan di laman Instagram miliknya.
“Diamanahkan kepada saya untuk digunakan bagi berbakti kepada Negara. Terima kasih semua kerana memilih saya. Alhamdulillah,” tulisnya.
Dia turut melahirkan penghargaan buat isterinya, Nureain, netizen yang banyak memberikan sokongan dan juga pada media yang memberikan hebahan tentang dirinya.
Turut berkongsi momen bangganya, inilah pertama kali dia berjabat tangan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mat Redho membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM10,000.
Pengiktirafan itu disampaikan dalam sebuah majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 Mei yang lalu.
Rata-rata pengikut Mat Redho dan rakan selebriti turut sama mengucapkan tahniah selain mendoakan dia terus berjaya pada masa akan datang.
Must-Watch Video