Laman Utama
“Amanah, Pantas.. “ - Diana Danielle Mahu Undi Ebit Lew Sebagai Perdana Menteri Malaysia
Aktres jelita Diana Danielle mencuri perhatian wargamaya apabila mahu mengundi Ustaz Ebit Lew sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.
Menerusi laman sosial Twitter, Diana berkongsi ciapan tentang pendakwah bebas tersebut untuk tatapan umum.
“Kalau orang tanya saya nak undi siapa untuk jadi Perdana Menteri, saya nak Ebit Lew,” tulis Diana.
Menerusi pengkongsian yang sama, Diana turut menyifatkan Ebit sebagai seorang yang amanah, pantas dan tidak buta hati.
Sementara itu di ruangan balas, pendapat Diana itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang menyokong Ebit selayaknya diangkat sebagai pemimpin namun ramai juga yang tidak mahu ustaz kesayangan ramai itu terbabit dalam kancah politik negara.
“Kalau boleh tu, memang UEL yg paling layak, tapi tak payah la dlm bidang politik, kotor,” komen seorang wargamaya.
“Mampu ke kita menyokong UEL jika suatu masa nanti, dia tak mampu tunaikan apa rakyat perlukan. Kecaman sudah pasti akan bertubi-tubi yang datang. Bila kita diatas, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Better UEL low profile, kami sokong UEL,” luah seorang wargamaya.
“Jangan.. nanti banyak karenah politik yang membataskan. Biar ustaz camtu je,” cadang seorang wargamaya.
“Tapi kan seeloknya biarlah orang tu ada sifat camni plus dia kena tegas dan berpendirian. Bukan apa, politik ni kejam dan ganas. Tak tahu percaturan politik better jangan masuk klau tak orang kontrol kau,” pesan seorang wargamaya.
“Uncle kentang bertanding time PRU lepas, tapi kalah teruk. Walaupun kalah,uncle kentang masih steady tolong orang,” tulis seorang wargamaya.
“Masa ni mesti kita skong laa.. Nanti bila tak kena dengan selera tekak sesetengah penduduk Malaysia ni, mula laa kecam UEL. Minta jauh la kita semua dari mengecam ulama ni,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan Diana itu telah mendapat hampir 12,000 ulang ciap dan 18,000 tanda suka daripada warga Twitter.