Amanda Rawles Si Cantik Yang Pernah Jadi Mangsa Buli

Kamaruddin Razal
Ogos 14, 2017 12:59 MYT
Gadis cantik yang bernama Amanda Rawles sedang mengatur langkah melakar nama dalam bidang lakonan di Indonesia.
Biarpun baru berusia 17 tahun, Amanda yang dikurniakan paras rupawan mempunyai potensi besar dalam dunia hiburan.
Membintangi filem seram Jailangkung yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia semenjak 10 Ogos, filem tersebut telah terlebih dahulu sukses di Indonesia.
Filem Jailangkung menerima respon yang sangat baik dan mendapat kunjungan lebih dua juta penonton di pawagam-pawagam Indonesia.
Astro Gempak menyenaraikan lima fakta mengenai gadis cantik ini.
Berdarah Campur
Pemilik nama penuh Amanda Carol Rawles ini merupakan gadis berketurunan Australia dan Indonesia. Anak kepada Shane Rawles dan Nasriyah ini dilahirkan di Jakarta pada 25 Ogos 2000.
Adik Kepada Pelakon
Kakak Amanda, Annisa Rawles juga merupakan seorang pelakon di Indonesia. Annisa pernah membintangi filem arahan Raditya Dika yang berjudul Single pada tahun 2015. Annisa kini sedang melanjutkan pelajarannya di Australia.
Pandai Berenang & Bermain Bola Sepak
Amanda merupakan seorang gadis yang lasak dan gemarkan aktiviti sukan. Antara aktiviti yang digemari oleh Amanda ialah berenang dan bermain bola sepak.
Pernah Menjadi Mangsa Buli
Amanda sering dibuli semasa zaman persekolahan kerana keadaan dirinya yang kurus dan berkulit gelap. Selepas mengurangkan aktiviti renang dan bola sepak, Amanda mula berubah dan menjaga penampilannya.
Sudah Membintangi 9 Filem
Walaupun usia Amanda masih muda, gadis ini sudah membintangi sembilan buah filem. Filem Jailangkung merupakan filem kelapan yang dibintanginya dan filem seram pertama lakonannya.
Jangan lupa saksikan filem seram Jailangkung yang turut dijayakan oleh Jefri Nichol, Wulan Guritno, Hannah Al Rashid, Lukman Sardi dan ramai lagi.
Filem yang dibawakan oleh Astro Shaw ini mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 10 Ogos 2017.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Bookmyshow.com
#Astro Shaw #Jailangkung #Amanda Rawles