Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Amar Asyraf Timang Cahaya Mata Pertama Dengan Isteri Baharu- "Semoga Jadi Anak Solehah Asbab Kami Masuk Syurga"

Syafiqah Jalal 27/03/2023 | 23:01 MYT
Pelakon Amar Asyraf, 37, bersyukur isterinya, Farhana Yusof selamat melahirkan anak pertama, Sabtu lalu.
Amar atau nama sebenarnya, Amar Asyraf Zailuddin memaklumkan berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
"Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T . Allah Maha Baik. Untuk Pengetahuan rakan rakan 25hb Mac, bersamaan dengan 3 Ramadhan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya Ammara Fateema binti Amar Asyraf," kongsinya.
Difahamkan itu kelahiran anak pertama untuk perkahwinan ketiganya.
Dengan kelahiran puteri itu, Amar berharap anaknya menjadi anak solehah.
"Semoga jadi anak yang solehah dan baik, asbab kepada daddy dan mommy masuk syurga Insya-Allah.
"Terima kasih isteri. I Love u So Much lillahitaala," katanya lagi.
Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.
Pada Oktober 2019, Amar membuat pendedahan berkahwin kali kedua dengan Vivy Jeffry, beberapa tahun sebelum itu.
Kemudian media melaporkan pengesahan lafaz cerai talak tiga dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
#Amar Asyraf #Cahaya Mata #Isteri #Pertama
;