Amar Baharin Dekatkan Diri Dengan Agama, Amyra Rosli Setia Sokong
Zulaikha Yusof
18/06/2021 12:50 MYT
18/06/2021 12:50 MYT
Pelakon Amar Baharin, 35, semakin hari, semakin mendekatkan diri dengan agama.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh beliau di laman Instagram (IG) miliknya.
Ketika Covid-19 melanda dunia, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin dilihat kerap berkongsi hantaran video menghafaz al-Quran dan surah.
Antara surah yang pernah dimuat naik adalah Al-Kahfi, Al Mulk dan Al-Fiil.
Tidak berseorangan, isteri tercinta iaitu aktres Amyra Rosli, 30, juga menyokong aktiviti harian suaminya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan rapat dan pengikut memuji dengan kelunakan suaranya.
"@aiman.zain: Hehe...kawan baik saya. This is the real Amar, dulu budak surau kat asrama.
"@shaahanafi: Wakil Sekolah Agama Masjid Abu Bakar.
"@maryum.mu: Alhamdulillah.. Pandainya dia, tajwidnya bagus. Mahorijul hurufnya juga hampir sempurna.
Selain muhasabah diri, Amar banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti senaman angkat berat.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 1.
Dalam perkembangan lain, Amar merupakan salah seorang pelakon drama Derita Untuk Bahagia dan Hati Yang Dikhianati.
Jangan lupa saksikan di Astro Prima (saluran 105) pada pukul 6-7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat atau strim sekarang di Astro On Demand.