Berita
Amar Baharin Lebih Berhati-Hati Berlakon Dengan Isteri
Pelakon Amar Baharin akui lebih berhati-hati ketika berlakon bersama isterinya, aktres Amyra Rosli tambahan lagi jika melibatkan skrip berkaitan hukum agama yang boleh memberi kesan kepada perkahwinannya.
"Sebelum ini memang pernah berlakon dengan Amyra tapi drama Jadikan Aku Yang Kedua ini merupakan gandingan pertama kami sebagai suami isteri.
"Jadi memang banyak bezanya, kalau dulu lebih santai tapi kali ini saya perlu lebih berhati-hati dan kalau ada skrip yang sensitif saya akan bincang dengan pengarah.
"Kalau boleh memang nak elak berlakon sekali tapi itulah rezeki yang datang banyak permintaan untuk kami bersama.
"Rasa macam pekej pula tapi tak apalah saya tak tolak rezeki cuma lebih berhati-hati," katanya kepada Astro Gempak.
Selain Amar, drama Jadikan Aku Yang Kedua dibintangi oleh Amyra Rosli dan Yana Samsudin.
Drama tersebut ditayangkan di slot Raihana, Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135), setiap Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam.
Teks Oleh: Mya Amri