Pengunjung yang singgah ke Negeri Melaka diberi amaran supaya tidak menjadikan sungai Melaka sebagai tempat bermandi manda.

Perkara ini disuarakan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) apabila terdapat individu yang mandi di sungai terbabit.

Menurut mereka, Sungai Melaka di Bandar Hilir hanya untuk aktiviti rekreasi sebagai laluan operasi bot Melaka ‘River Cruise’ (MRC) dan bukanlah untuk pengunjung bermandi-manda.

Menurutnya, PPSPM juga sudah memasang papan tanda larangan berkenaan kerana tidak mahu berlaku sebarang kemalangan di sungai terbabit.

"Saya terkejut dengan penyebaran klip video di Facebook sejak malam tadi memaparkan pengunjung mandi-manda di kawasan larangan.

"Video berdurasi 11 saat itu memaparkan sekumpulan pengunjung termasuk pelancong asing terjun ke dalam Sungai Melaka untuk bermandi-manda pada waktu siang.

“Kita nasihatkan orang ramai patuh pada prosedur berada di sepanjang sungai,” katanya menerusi Berita Harian.

Tambah Azlan, siasatan pihaknya mendapati kejadian yang disebarkan dalam klip video itu berlaku pada Januari 2018.