“Amazing…Touch My Heart” - Video Remake ‘Standing In The Eyes of The World’ Buat Ramai Sebak & Meremang!

Hanafis Haris
Julai 11, 2019 11:34 MYT
Tidak sampai dua hari, video remake khas lagu popular berjudul ‘Standing In The Eyes of The World’ telah menerima lebih 287,000 tontonan di platform sosial media Gempak.
Seperti yang anda tahu, video terbabit dihasilkan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Tun M yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 semalam.
Tidak ketinggalan, Tun Dr Siti Hasmah juga bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada tanggal 12 Julai (esok).
Lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.
Rata-ratanya warganet dilihat memberi reaksi dan komen yang sangat positif berhubung video tersebut.
Ada yang meremang bulu roma, ada yang sedih dan tidak kurang juga yang menganggap video terbabit sebagai satu inspirasi.
Anda boleh lihat reaksi mereka di bawah:
Dalam pada itu video terbabit juga turut mendapat perhatian selebriti tempatan dan antaranya Zizan Razak.
Zizan berkongsi video remake itu di Instagramnya malam semalam dan sehingga kini telah menerima 91,500 tontonan.
Pada masa sama gambar Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah yang dimuat naik di Instagram rasmi Astro Malaysia turut mendapat perhatian perdana menteri itu apabila menerima likes dari laman Instagram rasmi beliau, @chedetoffical.
Untuk rekod, semalam Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah sudi meluangkan masa menonton video remake khas itu.
Senyuman jelas terpancar dari wajah kedua-dua pasangan hebat ini.
BACA: Ini Reaksi Tun M & Tun Dr Siti Hasmah Tonton Video Khas ‘Standing In The Eyes Of The World’ – Comelnya!
Pada yang masih belum menonton, muzik video itu turut menampilkan momen-momen manis dan gelagat comel Tun M bersama isterinya yang pasti membuatkan anda tersenyum.
Apapun Gempak ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah!
#Malaysia #TunM #Standing In The Eyes of The World