Laman Utama

Amber Heard Bayar Saman, Johnny Depp Derma Semua Pada Rumah Kebajikan

gempak
Maliah Surip
17/06/2023
04:40 MYT
Sponsor Banner
Amber Heard Bayar Saman, Johnny Depp Derma Semua Pada Rumah Kebajikan
Setelah setahun berlalu, Amber Heard akhirnya melangsaikan jumlah saman yang perlu dibayar selepas kalah dalam kes fitnah ke atas mantan suaminya, Johnny Depp.
Heard dilaporkan media tempatan telah membayar sebanyak RM4.6 juta seperti yang diarahkan oleh mahkamah kepada Depp.
Dan sebagai balasan, Depp langsung tidak mengambil duit saman tersebut sebaliknya menyerahkan kesemua RM4.6 juta yang diperoleh hasil kes tersebut kepada rumah kebajikan.
Bintang terkenal itu telah memilih lima organisasi atau rumah kebajikan dengan setiapnya diberikan sebanyak RM920 ribu. Organisasi tersebut adalah Make-A-Film Foundation, The Painted Turtle, Red Feather, Tetiaroa Societ dan Amazonia Fund Alliance.
Tindakan Depp mendermakan duit saman tersebut kepada rumah kebajikan terpilih menimbulkan pelbagai reaksi. Peminat Heard mengkritik tindakan Depp manakala ramai yang beranggapan pesohor itu tidak memerlukan duit tersebut untuk ‘hidup’.
Dengan bayaran yang diterima, kes persengketaan di antara pasangan yang pernah hidup bersama sebelum berpisah kerana Heard mendakwa didera Depp itu selesai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024