Hos dan pelawak, Jihan Muse mengambil langkah untuk membersih dan membasmi kuman (sanitize) di dalam rumahnya sebagai langkah pencegahan penyakit berbahaya.

Perkara itu dikongsi Jihan menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Jihan, dia berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan tersebut kerana ia membuatkan rumahnya lebih bersih dan segar.

"Puas hati! Selalu kita sanitize tangan, semalam kita sanitize rumah, sebelum ni tak pernah tahu pun servis ni wujud.

"Sekarang ni macam-macam jadi, segala kuman dan virus macam-macam lah, bukan nak kata confirm selamat tapi sekurang-kurangnya ada langkah pencegahan.

"Kalau bukan sebab virus pun, niat sahaja untuk membersihkan rumah, rasa segar, macam mana tangan kita segar selepas pakai sanitizer, begitulah juga dinding kita," tulis Jihan sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Jihan meninggalkan respon positif, kebanyakan mereka berminat dan merasakan perkhidmatan 'sanitize' rumah itu sangat bermanfaat ketika ini.

Puas hati! Selalu kita sanitize tgn. Semalam kita sanitize rumah. Sebelum ni tak pernah tau pun service ni wujud. Kalau korang pun nak try blh cari @abdelcuci . Lagi2 skrg ni mcm2 jadi segala kuman virus bakteria mcm2 lah. Bukan lah nak kata confirm2 selamat tapi at least ni ada langkah pencegahan. Ataupun kalau bkn sbb virus pun niat je lah saja2 nak rumah bersih. Fresh rasa. Mcmana tgn kita fresh lps pakai sanitizer tu mcmtu jugakla dinding kita rasa. Kot. Selalu harga sanitize 1 rumah RM750 tp skrg @abdelcuci bg penurunan harga sbb keadaan skrg ni jadi RM299 shj. Saya review sbb saya puas hati. Alhamdulillah. Tq @abdelcuci . Oh btw diorg ade service cuci sofa & carpet jugak tu harga lain tny diorg lah. Sekian. #unpaidreview #goodservice #homesanitizer

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on


Terdahulu, Jihan dan Nabil Ahmad merupakan hos bagi program Gegar Vaganza (GV) dari musim pertama hingga keenam.

Tonton dan imbas semula persembahan bintang GV kegemaran anda dalam setiap musim melalui aplikasi Astro Go. Muat turun aplikasi Astro Go di Google Play dan Apple Store sekarang!