Hiburan
Ambil Pengajaran Kontroversi Sebelum Ini, Peserta Dewi Remaja 2019 Akan Dikuarantin
Pencarian Dewi Remaja kini kembali dengan misi utama mencari personaliti remaja yang boleh dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini.
Menurut Emarina Mohd Kamal selaku Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, kontroversi yang berlaku dalam Dewi Remaja sebelum ini telah mengajar pihak produksi untuk menghasilkan program itu dengan lebih baik.
"Perkara yang berlaku pada Dewi Remaja sebelum ini telah mengajar kami untuk menghasilkan program ini dengan lebih baik.
"Jadi kali ini, sudah tentu ada pembaharuan dari segi peraturan yang harus dipatuhi oleh semua peserta," ujarnya.
Emarina berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan pengumuman peserta Dewi Remaja 2019 bertempat di The Starling, Damansara Utama petang semalam.
Tambah Emarina, semua peserta Dewi Remaja kali ini akan dikuarantin sepenuhnya sepanjang tempoh penyertaan.
"Kami akan tempatkan semua peserta di satu tempat, mereka akan dikuarantin sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti lain selain apa yang telah dianjurkan oleh pihak Dewi Remaja" katanya lagi.
Seramai 12 orang telah terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 2019 telah diumumkan di majlis tersebut.
Scha Alyahya dipilih sebagai juri tetap bagi bergandingan bersama Yusry Abdul Halim.
Sementara itu, selebriti jelita Amelia Henderson pula dipilih sebagai hos bagi Dewi Remaja musim terbaru ini.
Dewi Remaja 2019 bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video