Laman Utama

Ambil Vaksin Pun Kena Covid-19? Dr. Izzar Jelas Mengapa Pentingnya Vaksin

gempak
Syafiqah Jalal
26/05/2021
06:40 MYT
Sponsor Banner
Ambil Vaksin Pun Kena Covid-19? Dr. Izzar Jelas Mengapa Pentingnya Vaksin
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar menjelaskan mengapa pentingnya vaksin Covid-19 walaupun keberangkalian untuk dijangkiti virus tersebut masih ada.
Kata Dr. Izzar berbeza dengan pesakit Covid-19 yang tiada vaksin, jangkitan yang diterima lebih ringan dan tidak membahayakan.
Justeru, Dr. Izzar menyenaraikan enam bukti keberkesanan selepas seseorang menerima vaksin Covid-19.
#1 Berkesan mengelakkan sebarang komplikasi
#2 Hampir 100% berkesan mengelakkan komplikasi serius
#3 Berkesan mengelakkan kemasukan hospital
#4 Hampir 100% berkesan mengelakkan kematian berkaitan COVID-19
#5 Berkesan mengelakkan dari jangkitan COVID-19
#6 Berkesan mengelakkan dari menjangkiti orang lain.
Dr. Izzar menerangkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, sebagai umat Islam perlu tawakal namun dalam masa yang sama juga kena usaha untuk menjauhakan dari segala penyakit.
“Umpama kalau kita naik motor. Pakai helmet tu perlindungan tambahan. Kalau kemalangan dan dilanggar di kepala, awak prefer dilanggar semasa pakai helmet ke, atau tak pakai helmet? Mesti nak ada pakai helmet kan. Walaupun kemalangan tu qada dan qadar serta ramai fitnah kata helmet tu agenda Yahudi dan ada microchip gps.
“Jadi, kalau korang kena Covid, prefer nak masuk ICU ke nak kuarantin kat rumah je? Kebarangkalian lebih tinggi untuk ke ICU jika tak amik vaksin
“Ya kita kena bertawakal kepada Allah. Tapi tau kan maksud tawakkal ialah Redha dengan keputusan Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bukannya redha semata-mata. Vaksin ni adalah usaha yang betul,” jelasnya lagi.
Dr Izzar menerangkan perkara tersebut bagi menimbulkan tentang kesedaran vaksin serta bimbang akan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live