Gaya Hidup
Ambil Warga Emas & OKU Sebagai Pekerja, Restoran Makanan Segera Ini Mendapat Pujian Netizen
Sebuah restoran makanan segera di Petaling Jaya mengambil warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja di premis mereka merupakan satu langkah terpuji.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sekeping foto dua golongan istimewa ini sedang bertugas di restoran A&W cawangan Petaling Jaya, Selangor.
Menurutnya lagi, restoran popular berkenaan telah melatih pekerja daripada kalangan orang yang mempunyai masalah pendengaran dan warga emas sebagai pekerja mereka.
“A&W Petaling Jaya meraih rasa hormat saya kerana telah mengambil warga emas dan orang dengan masalah pendengaran sebagai pekerja.A&W Petaling Jaya has gained my respect for hiring hearing impaired and senior citizens. It not only makes this a family-oriented environment but it also gives these staff a chance to feel wanted and respected. It was nice seeing them communicate thru sign language! Salute! pic.twitter.com/FyrsxiWOKW— -x- (@OhhB_) July 20, 2019
“Bukan sahaja restoran ini mesra keluarga, malah ia memberikan peluang kepada golongan istimewa ini merasa diperlukan dan dihormati. Seronok tengok mereka berkomunasi dalam bahasa isyarat. Salute!” tulisnya menerusi satu tweet.
Rata-rata netizen memuji tindakan restoran berkenaan yang tidak mengamalkan diskriminasi terhadap golongan tersebut sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
“I suka cmni. Bg peluang kat org kurang upaya utk keje. Thanks to Kfc, A&W, Foodpanda and Grab Food. U give opportunity to people. I cry a lil inside,” puji seroang netizen.
“Kalau you pegi Singapore, ramai jugak lah warga emas lingkungan umur 60 to 80 an mcm tuh still kerja especially kat fast food chain restaurant,” ujar seorang netizen lagi berkongsi pengalaman.
“Masuk A&W ni rasa mcm selangkah ke zaman 90s. Tiba2 rasa time moves slow here. Also customers are literally talking and chatting. Tak ramai main hp. Tatau knp atmosphere dia lain. Cashier is a bit slow but thats not a prob. I feel proud for him bila dia punch the right order,” komen seorang netizen lagi.
Selain A&W, ada beberapa lagi restoran makanan segera yang turut menawarkan pekerjaan kepada golongan ini antaranya Burger King, Mcdonald’s dan KFC.
Must-Watch Video