Hubungan istimewa pemain bola sepak JDT Akhyar Rashid dengan pelakon Eyka Farhana bukan lagi rahsia.

Posting yang dimuat naik Eyka Farhana di laman sosial Instagram (IG) pada Sabtu lalu itu mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua sedondon memakai baju jalur hitam putih.

Apatah lagi Akhyar turut meninggalkan komen dalam bentuk pantun dua baris di posting Instagram (IG) Eyka Farhana yang kemudiannya dibalas aktres tersebut.

“Buat Pondok Dari Kayu, Saya Nak Cakap I Love You!” tulis Akhyar pada ruangan komen dan mendapat lebih 3200 tanda suka oleh pengikut IG kekasihnya itu.

Bagaimanapun Eyka Farhana tidak membiarkan Akhyar berpantun seorang diri dan bertindak membalasnya.

“Haha…Ni yang lemah ni. Belai rambut nampak kutu, I love You Too,” jawab Eyka Farhana membalas ucapan cinta Akhyar.

Susulan itu, pengikut IG Eyka Farhana turut mengusik pasangan tersebut dengan pantun yang mencuit hati.

“Dua tiga kucing berlari, mak ada orang sweet niiiii.

“Yang bercinta ada haters, saya nak bitter!

“Anak Pak Rashid sudah pun belayar, selamat tinggal Akhyar,” komen beberapa pengikut.

Hubungan Akhyar Rashid dan Eyka Farhana mula menjadi buat mulut warganet apabila foto mesra mereka ketika sedang bercuti di sebuah pulau pada Disember lalu tular di laman sosial.