Amboi Anak Mami! Meriah Sungguh Majlis Akikah Wan Maryam

Amri Hassan
Julai 30, 2018 02:55 MYT
Anak tunggal Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam telah memasuki usia tujuh bulan dan kelmarin telah berlangsung majlis akikah dan kesyukuran di kediaman pasangan itu.
Meriah umpama majlis nikah Fizo dan Mawar lima tahun lalu, majlis akikah Wan Maryam dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.
Berkonsepkan serba putih dan diserikan bunga-bungaan merah jambu, majlis akikah Wan Maryam mendapat sentuhan pelamin daripada Dream Catcher Wedding Planner.
"Anaknda Maryam hari ni genap la Maryam 7 bulan.
"Doakan Maryam sentiasa sihat diberkati di rahmati selalu.
"Tak sabaq nanti Maryam nak makan nasi kandaq la mama. Gelang Maryam dah menampakkan Maryam anak mami ka Mek Klate?" coret Mawar menerusi Instagram peribadinya.
Bagaimanapun, lebih mencuri tumpuan apabila Mawar turut mengulang siar foto majlis pernikahannya beberapa tahun lalu.
"Adoi cer komen sikit gambaq 5 tahun lepas time wedding cheq dengan Abe Joe dan swipe tengok selepas 5 tahun gambaq Aqiqah Maryam kami berdua.
"Ya ampun banyaknya beza, Maryam besar nanti tengok na. Baru anak seorang dah kembang dua-dua," tulisnya berseloroh.
Apapun, jom tengok gambar-gambar menarik sepanjang majlis akikah Wan Maryam pada Sabtu lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mawar_karim, @fizoomar
#Fizo Omar #Akikah #Mawar Karim #Wan Maryam