Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Amboi, Baju KWSP 10K Ke Tu?” Netizen Tertarik Kreativiti Busana Aina Abdul Dalam MV Gema Raya

Izwan Isa
26/04/2022 05:50 MYT
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul? Selain lagu-lagu berentak balada yang mendayu-dayu, Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani sering menyorot perhatian netizen dengan busana yang eksentrik.

Justeru, tidak hairanlah jika penampilannya menerusi klip video lagu raya terbaharunya, Gema Raya turut menjadi bualan peminat serta orang ramai.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan Aina mengenakan empat persalinan berbeza yang mencerminkan elemen-elemen menarik pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Persalinan pertama merupakan busana berona hijau yang bermotifkan anyaman ketupan. Sementara persalinan seterusnya pula adalah lapisan motif kepingan note Ringgit Malaysia berwarna merah yang dijelmakan sebagai kebaya.

Tidak kurang persalinan yang diinspirasikan daripada lampu kelip-kelip dan ada juga yang menyifatkan busana terakhir merupakan simbolik kepada langsir dan juga lapik meja.

Menerusi ruangan komen di media sosial, ramai yang memuji kreativiti Aina dalam mengetengahkan fesyen di luar kotak.

“Nak duit raya gi petik kat baju,” tulis seorang peminat di Instagram.

“Amboi, baju KWSP 10k ke tu,” usik seorang pengguna di TikTok pula.

“MV Hari Raya Syawal yang paling powerful, kreatif dan lain dari yang lain. I love this art of music raya by Aina Abdul. Lagu pun sangat sedap. Suara sedap Aina. Menangis dan sebak tengok intro muzik raya ni. Baju raya Aina Abdul sangat cantik juga,” tulis seorang penonton di Youtube pula.

Berdurasi sembilan minit, lagu Gema Raya kini memperoleh lebih 40,000 jumlah tontonan selepas ia diluncurkan kepada umum sejak semalam.

#Lagu raya #Aina Abdul #Gema Raya
;