Selepas dua episod ‘Dukun Diva’ ditayangkan nampaknya drama bersiri Astro Originals ini semakin menjadi bualan ramai.

Dalam episod kedua, ‘Happy, Together, Forever’ Isnin lalu, tiba-tiba nama pelakon Kahoe Hon dan Eyka Farhana pun dah mula disebut-sebut.

Rata-rata penonton mula jatuh cinta dengan watak Lola yang boy-ish tetapi kuat sentap dengan watak Daniel anak kepada Datuk DD yang kaya raya dan gilakan motorsikal, skateboard, suka melihat bintang dan meniup seruling.

Kedua-dua watak ini mempunyai kekuatan masing-masing apabila Dukun Diva menampilkan Lola seorang gadis berpewatakan kasar tetapi bijak. Huh! Kalau tak kerana Lola, ke laut lah Che Yah!

Daniel pula, anak orang berada tetapi sentiasa berasa sunyi kerana kesibukan kedua ibu dan bapanya. Daniel selalu menyendiri dan menghabiskan masa melihat bintang.

Lola dan Daniel ditemukan dalam episod kedua dan pertemuan mereka ini walaupun dirancang rapi oleh Lola tetapi penonton dah mula sukakan pasangan ini!

Ramai yang nak Lola dan Daniel bersatu! Dalam erti kata lain bercintalah guys! Rata-rata yang menonton, dah rindu nak lihat kedua-dua watak ini dalam episod seterusnya.

Tak kurang juga yang suka kalau kedua-dua pelakon ini menjadi pasangan kekasih! Amboi korang…Entah-entah Eyka dan Kahoe dah ada pasangan masing-masing…Korang pula yang pandai-pandai kan?

Selain Kahoe dan Eyka Farhana antara kekuatan lain dalam Dukun Diva ialah watak utama diterajui pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah.

Nadia Aqilah membawakanwatak Che Yah iaitu seorang artis ‘tak menjadi’ di era 90an, yang menggunakan bakatnya dengan menyamar menjadi dukun.

Sementara itu, Emelda Rosemilla pula memegang watak sebagai jutawan kosmetik terkenal, Datuk DD.

Selain itu, Dukun Diva turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti Tony Eusoff yang dilihat pertama kali membawa watak suami takut isteri serta ‘scammer’ dalam urusan jual beli tanah.

Turut memeriahkan Dukun Diva, pelakon baru berbakat besar Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena, pelakon handal Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq dan Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep yang merupakan kesinambungan watak daripada filem pecah panggung 2019, Pusaka.

Drama premium bersiri ini turut dihiasi dengan penampilan istimewa, antaranya pelakon terkenal daripada pelbagai latar seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.

Jangan lupa saksikan episode 3 ‘Giselle, Oh Giselle’ Isnin hadapan, jam 9 malam di Astro Citra.

Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Originals ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.