Super model dan sosialit popular Hollywood, Kendall Jenner berkongsi sekeping gambar baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"All my siblings posting their babies and sh*t and i'm just like..." tulis Kendall sebagai kapsyen.

Seperti biasa, ruangan komennya dipenuhi pelbagai reaksi dari peminat di seluruh dunia, namun apa yang menarik perhatian adalah komen nakal yang ditinggalkan oleh penyanyi As'ad Motawh.

"I'll give you one," tulis As'ad mengusik supermodel terbabit.

Komen tersebut telah mengundang perhatian peminat As'ad di Malaysia, segelintir antara mereka mempertikaikan tindakan penyanyi terbabit, ada juga yang menyifatkan perkara itu sekadar satu gurauan.