Hiburan
Amboi... Bukan Main Gelek Sakan Ajumma & Ajusshi Korea Bila Sarah Suhairi Bawa Lagu Dangdut!
Siapa sangka, lagu dangdut popular Senggol Senggolan Cubit Cubitan milik Mas Idayu berkumandang di bumi Korea.
Semuanya gara-gara persembahan Sarah Suhairi yang membawakan lagu tersebut pada perayaan Jagalchi di Busan baru-baru ini.
Persembahan tersebut dipaparkan menerusi video milik tiga gadis YouTubers dikenali sebagai Blimey.
Menerusi video tersebut, Sarah menyatakan lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan dipilih disebabkan faktor usia penonton di perayaan itu.
"Saya difahamkan sebahagian besar penonton terdiri daripada orang tua, malah mereka lebih menggemar lagu Trot iaitu seperti dangdut di Malaysia.
"Jadi saya memilih lagu milik Mas Idayu" katanya.
Sepanjang persembahan itu berlangsung, ternyata penonton Korea terhibur dengan lagu dangdut berkenaan.
Ada yang menari dan tidak kurang juga yang sanggup panjat di pagar untuk melihat dengan lebih jelas persembahan Sarah.
Anda boleh lihat video penuh persembahan menghiburkan itu di bawah.
Untuk rekod, perayaan Jagalchi merupakan perayaan tersebar di Busan.
Berbeza dengan perayaan lain, Jagalchi dihadiri dari pelbagai peringkat umur.
Must-Watch Video