Amboi! Datuk Seri Vida Jadi Pari-Pari Dalam Filem Hantu Kak Limah

Amri Hassan
Julai 18, 2018 08:33 MYT
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida bakal membuat penampilan istimewa dalam filem sekuel Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.
Kata penerbit eksekutif filem Hantu Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai, filem itu akan menyaksikan kemunculan sulung Vida di layar perak.
"Saya dan Mamat Khalid sudah lama mengenali Vida, malah sebelum beliau popular lagi.
"Apabila kami menawarkannya untuk berlakon filem ini, dia terus bersetuju.
"Penonton akan dapat menyaksikan Vida dalam aksi bersahaja, kelakar dan akan meninggalkan kesan," kata Gayatri.
Sementara itu, kata Vida kepada Utusan Online, dia bakal melakonkan watak sebagai pari-pari dalam tiga babak filem itu.
"Saya biasa-biasa saja, sesuailah dengan saya yang bukan pelakon ni.
"Lagipun watak saya kecil dan penggambaran untuk watak pari-pari itu pun hanya tiga hari di dalam hutan Taiping," kata Vida.
Hantu Kak Limah turut dibintangi Delimawati, Datuk Awie, Erra Fazira, Zul Ariffin, Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose dan Jue Aziz.
Hantu Kak Limah bakal ditayangkan di pawagam bermula 9 Ogos depan.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Utusan Online
Foto: @datukserivida
#Viral #Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Viral #Hantu Kak Limah