Amboi...Macam Dalam Filem Mohabbatein! Meriahnya Majlis Hari Jadi Aliff Syukri Di Istana Baru

Mya Amri
April 5, 2018 10:07 MYT
Majlis sambutan hari jadi usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berlangsung dengan meriah di ‘Istana baru’ miliknya yang diberi nama ‘Place Aliff Syukri’ pada Selasa.
Mengangkat tema Bollywood, majlis tersebut dihadiri oleh rakan-rakan selebriti popular antaranya Fasha Sandha, Lisa Surihani, Yusri, Norman Hakim, Dato Ziela Jalil, Liza Abdullah, Ifa Raziah, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang dan Wak Doyok.
Menariknya, Aliff Syukri dan rakan baiknya yang juga usahawan kosmetik, Nur Sajat turut membuat persembahan dan berjaya memukau tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Bakal menginjak usia 31 tahun pada 8 April ini, Aliff Syukri juga berkongsi kemeriahan majlis berkenaan menerusi foto-foto dan video yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Ternyata, banyak respon positif diberikan oleh pengikutnya dan tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah kerana memiliki istana baru.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik majlis yang berlangsung di mahligai Aliff Syukri yang nampak macam dalam filem hindi popular, Mohabbatein:
Foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
Foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
#Hari Jadi #Datuk Seri Aliff Syukri #Usahawan Kosmetik