Amboi Meriahnya! Parti Hari Jadi Zaquan Adha Bertema Hawaii

Amri Hassan
Ogos 7, 2018 08:07 MYT
Ada banyak cara untuk meraikan sambutan hari jadi namun seperkara yang menarik perhatian adalah parti hari jadi pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha baru-baru ini.
Bertemakan Hawaii, majlis yang diraikan di perkarangan kediamannya dan aktres Ayu Raudhah cukup meriah dengan kehadiran keluarga rapat pasangan itu.
Pada parti hari jadi itu, Ayu menyarung set baju dan seluar berwarna pelangi manakala Zaquan menyarung baju kemeja bercorak floral
Selain foto-foto meriah sepanjang parti hari jadi itu, ucapan Ayu buat Zaquan turut mencuri perhatian netizen.
"Dalam hidup you banyak benda yang you buat untuk kesenangan dan kebahagian orang lain (anak-anak, isteri, mak, adik beradik dan keluarga).
"Itulah kepuasan untuk you kan? Sanggup bekorban, bersusah demi menyenangkan orang lain. That is ZAQUAN ADHA!" tulis Ayu.
Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Jom saksikan momen-momen menarik sepanjang parti hari jadi Zaquan Adha ke-31 baru-baru ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @ayuraudhah_7
#Ayu Raudhah #Hari Jadi #Zaquan Adha #Hawaii #Parti