Sebuah filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding semakin mendapat tempat di hati wargamaya gara-gara ‘plot twist’ yang tidak di sangka-sangka.

Menerusi laman sosial Instagram, aktres filem pendek tersebut Syatilla Melvin teruja memuat naik teaser Gerakan Serunding tersebut untuk tatapan umum.

“Tak sempurna rasanya kalau pagi raya tak salam dan cium dengan insan tersayang kan? Tapi kenapa Tilla macam tu sekali weh? Apa yang Sam dah buat? Takkan la sebab PKP ni?” tanya Tilla menerusi ruangan kapsyen.


Istimewanya lagi filem pendek raya ini, proses penggambaran yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melibatkan panggilan video semata-mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan elemen sedih, gembira dan kasih sayang yang menjadi tunjang utama filem pendek raya Gerakan Serunding ini.



“Alaaa, sedih la tengok,” komen seorang wargamaya.

“Terhibur. Semua rasa ada bila tengok,” kata seorang wargamaya.

“Amboi, plot twist dia!” tulis seorang wargamaya.

“Wah, best ni,” puji seorang wargamaya.

“Uish Tilla punya garang. Best gila,” ujar seorang wargamaya lagi.



Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.

Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk meniru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih.

Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya. Apakah caranya dan adakah Ali akan berjaya?

Saksikan filem pendek berdurasi 6 minit, Gerakan Serunding kini di laman portal Astro Gempak.