Amboi Siap Selfie Lagi? Telefon Hilang! Ingatkan Pencuri Atau Toyol, Sekali Rupanya...

Hanafis Haris
September 14, 2020 08:21 MYT

Pelik tapi melucukan! Itulah yang berlaku pada seorang pemuda apabila telefon pintarnya secara tiba-tiba hilang.

Biarpun pada awalnya bertanggapan telefon tersebut telah dicuri oleh seseorang, namun ‘pencuri’ berkenaan bukanlah seperti yang disangka.

Kisah tersebut dikongsi pemuda terbabit menerusi satu posting di Facebook.

"Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa.

“Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspek yang masuk ke rumah saya.

“Jumpanya dekat belakang rumah cari sampai masuk hutan.

“Saja pusing belakang rumah sambil call sebab mana lah tau ada binatang apa apa masuk rumah cuma tak expect monyet yang curi sebab memang tak pernah ada,” katanya.

Menurut pemuda tersebut lagi, telefon tersebut masih berada dalam keadaan baik biarpun pelindung skrin sudah dicabut oleh monyet berkenaan.

Namun, apa yang lebih menariknya, gelagat monyet itu yang seakan mengambil swafoto atau ‘selfie’ sempat dirakam telefon tersebut.

“Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik,” katanya.

Anda boleh lihat gambar lucu tersebut di bawah.

Saya kongsi cerita yang agak lucu dari rakan kita di Facebook Apple User Group (AUG). "Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspectnya yang masuk ke rumah saya. pic.twitter.com/Tr20D2DxPx

— Xavier Naxa ?? (@XavierNaxa) September 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Iphone #Monyet