Baru-baru ini penyanyi Khai Bahar dan Wany Hasrita dijemput menjadi tetamu program CCTV bersama pengacara Aril Pilus dan Alif Farhan.

Selain Wany Hasrita dan Khai Bahar, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati iaitu Nabila Razali turut diundang ke studio.

Menariknya, menerusi program tersebut, Khai Bahar diminta memberi ‘pick up line’ kepada Wany dalam satu cabaran.

Video yang dikongsi di laman YouTube Thinker Studios pada Isnin lalu itu telah menjadi perhatian netizen dan telah ditonton lebih 100 ribu kali setakat ini dengan ratusan komen.

Apa yang menarik perhatian ialah, apabila Khai memberi ‘pick-up line’ kepada Wany, pelantun suara Menahan Rindu itu tersipu malu.

Suasana menjadi lebih hangat apabila ibu Wany turut approve Khai Bahar sebagai menantunya.

Di bawah merupakan video bersemut Khai Bahar dan Wany Hasrita. Yang penting bila Khai Bahar bagi ‘pick-up line’ kepada Nabila Razali Wany buat muka cemburu. Ehem! Ada apa-apa ke tu Wany, Khai Bahar?



So macam mana? Nampak sepadan kan Khai Bahar dengan Wany Hasrita ni?

Untuk menonton lebih ramai lagi artis popular yang dikenakan pelbagai cabaran dan diberi soalan panas membunuh oleh Aril dan Alif, jangan lupa saksikan CCTV setiap Isnin, pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).