Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

AME2018: Tudung Bunga Telur Neelofa Dan Ular Sawa Umie Aida

Mya Amri 09/04/2018 | 05:26 MYT
Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) berlangsung meriah malam tadi dan menobatkan Neelofa serta Khai Bahar sebagai pemenang Top Top Meletop lelaki dan wanita.
Seperti biasa, kehangatan AME2018 mencetuskan pelbagai komentar netizen terutama di media sosial.
Astro Gempak senaraikan 11 perkara menarik yang berlaku sepanjang AME2018 malam tadi.
1. Neelofa masih dikecam kerana dengan pakaian yang disarungnya!
Sebelum ini sut Power Rangers dan gaun hijau neon Cell Dragon Ball, kali ini fesyen tudung tulle Neelofa AME2018 disamakan pula dengan net bunga telur kenduri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu sahaja, persalinan keduanya, gaun ballroomnya disamakan pula dengan karakter kucing dalam filem Alice In The Wonderland.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2. Tidak hanya Neelofa, penyanyi sensasi Nabila Razali juga terkena tempias sama apabila sut putih yang dipakainya disamakan dengan corak biskut raya dan Ru Paul Drag Race.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3. Masih tentang fesyen, gaya Nabila Huda menyarung pantyhose berenda dipadankan dengan kemeja putih oversized ketika red karpet turut menjadi perhatian. Daring kan?
4. Persembahan ratu dangdut Malaysia, Mas Idayu yang turun dari siling pentas mengubat rindu peminat yang dahagakan persembahan gelek energetiknya! Salute ah Mummy!
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5. Sekali lagi gabungan Sherry Al-Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara jemputan dipuji peminat. Kedua-duanya sebelum ini pernah mengacarakan program Rockanova (2017) dan Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini.
6. Masih lagi mengenai hos AME2018, sebelum tirai AME dibuka, Neelofa, Nabil dan Sherry membaca doa dibelakang pentas untuk memohon agar perjalanan acara tersebut dipermudahkan. Bacaan tersebut diketuai oleh Neelofa.
7. Dipertengahan acara, Neelofa membuat penonton terkejut apabila tersadung! Mujurpengacara cantik itu sempat berpaut pada lengan Zul Ariffin.
8. Sewaktu kategori Si Cilik MeleTOP diumumkan, ramai penonton risau melihat Tya Ariffin menaiki tangga pentas dengan memakai kasut tumit tinggi sambil menggendong anaknya, Arif.
“Bahayalah, kasut tinggi tu. Aduh jalan elok-elok Tya”, “Tak ada orang ke nak pimpin Tya tu, risau pula lihat dia menggendong Arif macam tu”, itulah antara reaksi yang diberikan penonton.
9. Keadaan menjadi ‘havoc’ apabila Sherry Alhadad muncul dan menyanyikan bait lagu terbaru Zizi Kirana, “Nak ke tak nak lepak mamak” sebelum iklan tamat.
Situasi itu mengundang tawa dan sorakan peminat! Sporting betul Sherry ni kan?
10. Datin Seri Umie Aida muncul secara tiba-tiba dengan memakai kebaya merah dan membawa dua ekor ular sawa.
Penonton tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut apabila Umi Aida membawa mood dukun ke dalam arena. Ditambah pula dengan runut bunyi filem Dukun yang menyeramkan.
11. Sewaktu acara tamat, peminat tidak melepaskan peluang ‘menangkap’ artis kegemaran mereka untuk meramkamkan foto kenangan.
Situasi itu menyebabkan kesesakan dibahagian hadapan pentas.
[BACA: Neelofa, Khai Bahar Artis Top Top MeleTop 2018 & Keputusan Penuh AME2018]
Foto: Instagram @neelofa / @meletop
Teks oleh: Amri Hassan & Mya Amri
#Neelofa #AME2018