Hiburan
AME2020: Alif Satar Tak Kekok Dengan Nabil Ahmad Dan Jihan Muse
Penyanyi dan pengacara Alif Satar akui tidak kekok untuk bergandingan bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos ketiga di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung April depan.
Menurut Alif, dia percaya gabungan bersama hos hebat seperti Nabil dan Jihan mempu memberikan pengalaman berbeza buat dirinya.
“Cara untuk hos program ini agak berlainan berbanding acara lain, bila saya berbual dengan Nabil dan Jihan tu rasa aura yang berbeza.
“Bila ditawarkan untuk mengacara AME2020, saya rasa sungguh seronok. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan Nabil, dengan Jihan tapi bukan dalam skala yang besar. Kami juga belum pernah bergabung secara bertiga seperti ini.
“Tapi saya percaya bila bekerja secara berkumpulan pastinya akan jadi lebih baik. Tak ada masalah buat saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Alif juga turut tercalon dalam empat kategori iaitu Penyanyi Meletop Era, Hos Meletop, Fesyen Meletop dan Couple Meletop.
BACA: Alif Satar Nabil & Jihan Hos AME2020, Mira Filzah & Nana Dominasi 4 Kategori.
Dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’, AME2020 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 12 April 2020, jam 9:00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
AME2020 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Istimewa kali ini, pelanggan Astro yang memiliki dekoder Ultra Box boleh menyaksikan AME2020 dalam format resolusi kualiti 4K UHD.
Untuk pilihan lebih fleksibel, AME2020 turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.
Must-Watch Video