“Ameena Dah Letih Hisap Ibu Jari Kaki Dia Tu” - Rare Ucapan Anniversary Shukri Yahaya Ni Tapi Comel! Siap Ada Hint Nak Baby?

Mya Amri
November 20, 2019 14:12 MYT
Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.
Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang diberikan Shukri sempena hari istimewa itu agak berbeza berbanding pasangan lain.
Tidak perlu terlalu sweet sebaliknya Shukri memberikan ucapan berbentuk gurauan dan bernada lucu.
Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik diakaun Instagramnya hari ini.
Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua.
“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya
Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, pelakon Nad Zainal tidak ketinggalan mengusik pasangan berkenaan.
“Alamak dia bagi HINT,” tulis @nad.zainal
Terdahulu, Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
#Shukri Yahaya #Tya Adnan