Pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya, penyampai radio Fizi Ali telah memilih Ameena Sofia sebagai nama anak sulung mereka.

Nama bayi perempuan itu didedahkan menerusi foto yang dimuat naik Shakilla di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Semalam 14 March 2019, jam 11.20am, budak ni kena keluar juga jumpa umi & daddy dia.

"Alhamdulillah. Semua berjalan lancar seperti plan doktor dan kami berdua.

"Syukur. Anak sihat. Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi-lagi bila tengok muka anak.

"Allahuakbar. Terima kasih Allah. My darling baby girl @ameenasofia_," tulisnya.

Pengumuman nama anak Shakilla itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada pengikut yang rata-ratanya suka dengan nama itu.

Shakilla selamat melahirkan anak pertama mereka itu pada 14 Mac (semalam) pada pukul 11.20am.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

#?• . Semalam 14 March 2019, Jam 11.20am , budak ni kena keluar juga jumpa Umi & Daddy dia. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar seperti plan doctor dan kami berdua. . Syukur. Anak sihat. . Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi2 bila tengok muka anak. . . Allahuakbar. Terima Kasih Allah. . My darling baby girl @ameenasofia_ ?

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on