Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ameer Forteen Sambut Anak Kedua Selepas Rai Anniversary 2 Tahun

Syafiqah Jalal
03/03/2021 02:27 MYT
Anggota kumpulan Forteen, Ameer menyambut anak kedua selepas sehari meraikan ulang tahun perkahwinan keduanya.

Ameer dikurniakan bayi lelaki seberat 3.77 kilogram (kg) yang dilahirkan secara normal oleh isterinya Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar di sebuah hospital.

“Alhamdulillah kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Putera kedua kami telah selamat dilahirkan pada hari selasa, 2 Mac 2021 bersamaan dengan 18 Rejab 1442 Hijrah pada jam 7.52 pagi tadi secara normal.

“Doakan semoga ibu & baby sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan.

“Terima kasih atas titipan doa dari kalian. Semoga doa yang baik2 berbalik pada kalian juga. Insya Allah..Aamiin,” katanya.

Ameer memaklumkan berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto tersebut, Ameer memuat naik fotonya bersama isteri dan bayi baru dilahirkan di sebuah hospital.

Sehari sebelum itu, Ameer memuat naik foto mereka sekeluarga sempena menyambut ulang tahun perkahwinan.

Ameer dan Siti Nurnaja’a bernikah pada 1 Mac 2019 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki yang baru berusia setahun.

A post shared by Ameerais Azhar | FORTEEN (@ameerais.azhar)

#Penyanyi #Anak #Bersalin #Ameer Forteen #Isteri
;