HIBURAN
Ameera Khan Dapat Hadiah Jam Tangan RM25,000 Hanya Untuk Main Tenis, Netizen Ucap ‘Goodluck’ Buat Jefri Nichol
Pempengaruh dan selebriti media sosial, Ameera Khan, sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas berkongsi foto seutas jam tangan mewah Cartier yang diterima sebagai hadiah daripada bapanya.
Menerusi hantaran di Instagram Story semalam, adik kepada Neelofa itu memuat naik gambar jam Cartier Panthère de Cartier bersama nota yang diberikan ayahnya.
“For my lovely girl. Your tennis watch is here. Love, Dad,” tulis di nota itu.
Berdasarkan model, rekaan dan bahan yang digunakan jam mewah tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM20,000 hingga RM25,000.
Namun, yang lebih mencuri tumpuan adalah reaksi netizen yang ‘mengusik’ kekasihnya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi ruangan komen, ada yang seolah memberi bayangan bahawa aktor itu perlu ‘kuat’ untuk kekal seiring gaya hidup mewah Ameera.
“Good luck la si Jefri, jam untuk main tennis pun dah boleh bayar downpayment kereta sebijik.
“Takpe JN banyak duit, endorse kat Indonesia bukan biasa-biasa.
“Ni separuh tahun gaji aku pun belum lepas. Tapi design dia memang cantik gila,” komen beberapa netizen.