HIBURAN
Ameera Khan Kecewa, Anggap Hukuman Untuk Kes Buli Di Malaysia Agak Ringan - “Sangat Tidak Adil…Apa Yang Berlaku Dengan Negara Kita”
Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan meluahkan rasa kecewa berhubung kes kematian remaja, Zara Qairina yang didakwa akibat dibuli.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Ameera menyifatkan hukuman terhadap kes berkenaan terlalu ringan dan tidak setimpal dengan nyawa seorang kanak-kanak yang terkorban.

“Apabila perkara seperti ini berlaku, ia membuatkan kita tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dengan negara kita. Keadilan sepatutnya melindungi mereka yang tidak mampu melindungi diri sendiri, tetapi sebaliknya ia kelihatan melindungi mereka yang mempunyai kuasa, wang dan pengaruh.
“Ini bukan hanya tentang Zara, ia tentang setiap kanak-kanak yang berhak merasa selamat dan dilindungi. Kesakitan yang kamu sebabkan akan kembali, kadangkala bukan kepada kamu, tetapi kepada orang yang kamu sayang. Nauzubillahminzalik,” tulisnya.
Terdahulu, isu kes buli melibatkan arwah Zara Qairina mencetuskan kemarahan masyarakat selepas ada pihak mempersoalkan hukuman terhadap individu yang terlibat dianggap tidak setimpal dengan kehilangan nyawa remaja berusia 14 tahun itu.

Buli Bukan Perkara Main-Main – Didik Diri & Lindungi Generasi Kita
Jangan biarkan isu buli dipandang ringan. Ambil langkah untuk memahami, mendidik, dan bertindak agar kita semua dapat hentikan kitaran ini. Belajar & Bertindak Sekarang
Must-Watch Video